Tuesday 20 December 2011

ERTI SAHABAT.

Salam semua. Sihat? Dah lama tak buka belog. Hihihi nak kata busy tu tadak la sangat, cuma kadang kadang cuba membusykan hidup.

Okayyy. Harini terasa macam nak update belog, sebab semenjak dua menjak ni selalu ja terfikir tentang erti persahabatan. Ntah laa, tatau nak cakap. Kadang kadang sahabat tu penting tapiii kadang kadang sahabat tu ada dengan tadak sama ja kan? Susah nak dapat sahabat sejati yang selalu berada disisi ketika susah senang kita. Yang selalu nampak, time senang nak tumpang tapi time susah melarikan diri. Bila cakap semuanya nak betul kan? Hmm.


Satu ungkapan yang senang disebut melalui bibir kita namun perlaksanaan dan pencarian seorang sahabat amatlah sukar dicari dan payah diganti jika kehilangan mereka.Tahukah kita bahawa bersahabat di atas dasar cinta dan takutkan Allah mendapat hak yang istimewa di sisi Allah Azzawajalla. Persahabatan kerana Allah adalah persahabatan yang melahirkan sifat yang terpuji kerana konsepnya adalah mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri kita sendiri, menjaga hubungan persahabatan sehingga tidak ada hati- hati yang terguris, melupkan keburukan sahabat dan mengingati kebaikan sahabat kita. namun pada hari ini,dalam dunia moden ini, sukar untuk kita temui sahabat sejati..namun apa yang ada kawan makan kawan..


Sejarah telah membuktikan bahwa Rasulullah s.a.w mendidik para Muhajirin dan Ansor bersaudara kerana aqidah Islam. Namun pengorbanan sahabat Ansor sangat hebat sehingga sanggup mengorbankan harta benda mereka demi para sahabat dari kalangan muhjirin mekkah. Bayangkan sahabat-sahabatku jika ada golongan yang sebegini pada zaman hari ini, nescaya tidak kedengaran di telinga kita pelbagai perkara mungkar.


" Kawan senang dicari tapii sahabat sukar dicari "

Friday 18 November 2011

SEKITAR FINAL EXAM.

Assalamualaikum. 
Salam Jumaat, salam segala penghulu hari. 

Orait! Adakah anda semua sehat-sehat belaka. Haa tudiaaa ceqq mai dah. Hehe  hari ni terasa nak update belog. Nak cereta siket pasai sekitar minggu final exam. Hadoiii serious penat wey. Tidoq tak lena, mandi tak cukup, makan terlebih, haha hat tu hat paling terok! Selama seminggu nak exam nih banyak dugaan la wey. Study semua hampeh la sem nih. Soalan past year seriously susah sangatt!. Aku taktau macam mana nak buat, semua jawapan terbengkalai. Last, tidoq macam tu ja. 

Dugaan orang yang suka study last minute memang macam nih pon. Haa hat kawan-kawan yang tak ambik exam lagi tu jangan dok gatai tiru macam ni noh. Terok badan wey kalau hampa nak tau. Aku sampai nak teriak bagai laa study tak berapa nak faham. Haihh...

Okay, first paper aku hari Rabu bersamaan 16nov. Nasib baik tak pukul 8 am, start paper pukul 11 am kira okay la dan cover-cover lagi pagi tu. Heh, tapi mai paper hat kedua dengan ketiga nih hari yang sama, cuma beza 2 hours ja wey. Hadoiii terok baqq hang! Sumpah aku teriakkk sangat sangat sebab tak dapat skor banyak soalan. Dah la study, target soalan yang agak aku boleh buat tapi harem tak naik pon. Ishhh gamak noh KPT buat soalan macam tu. First time aku jumpa soalan kira-kira tapi mai tang soalan last tu dia bagi teori semua. Tudiaaa 25 markah aku rasa terbang freeee. Takpa, kawan-kawan aku kata tak payah nak ingat benda hat dah lepas. Tapiii takpa depa semua cekang-cekang. Hurm hanya mampu berserah. Apa-apa pon aku bersyukur, markah PB aku semua LULUS! Waaa salutttt sama lu! Hehehe hat tu ja nak bantu aku pon. Harap-harap sangat aku lulus semua subject sem nih. Nak skor A++ semua tu harapan laa. :'(

Mama, I am sorry, semester nih memang susah sangat ma soalan final dia. Tak penah-penah dapat soalan macam nih. Kalau pointer turun sikit maaf noh. Tak dapat nak bantu dah, lepaih pi dah. Hihihi, hanya mampu berdoa dan berserah. Amin :)

P/S : Good Luck semua kawan-kawan. Kita still ada satu paper lagi, teori pulak tuh! Haiyooooo >.<
         Do The Best! Love you <3

Sunday 13 November 2011

STUDY LAST MINUTE.

Salam peeps. Sehatkah anda semua? Hahah malam nih gatai tangan siket nak menaip even aku ni 24 jam busy. Huh malam nih macam nak kongsi laa pasai study last minute. Haa apa hampa penah buat kan? Alahh semua ni selalu dan sentiasa dibuat oleh warga-warga yang bergelar STUDENT! First daftar semester baru, semua semangat, azam baru laa, nak study hard, study smart tapiii bila dah sampai tengah-tengah sem dan penghujung sem nih sumpah semua malas kan? Hehe sama la dengan aku nih. Serious wey, awal sem semua aku nak semangat. Konon nak pulun gila-gila la nak study betoi, takmau dah main-main dalam kelas. Alahh semua itu hanya sementara dan hanya angan semata-mata. Hahaha :D

Orait! bagi warga-warga yang mendaftar sebagai pelajar POLITEKNIK tu silalah berinsaf-insaf untuk hadapi Final Exam yang akan menghantui hidup anda bermula harini bersama hari Ahad 13 Nov 2011. Tapiii aku still nampak macam relax jea pon, macam tadak perasaan sangat nak study. Heh, boleh aku layan movie lagi even aku tau aku hanya ada 3 hari lagi untuk berperang study. Dah la sem nih subject semua killer lah. Tadak langsung yang buat aku sayang nak belajaq. Kadang tu sampai cakap kat mama, tadak klinik yang boleh bagi ubat untuk hilangkan penyakit malas ka ma? Hahaha tapi dalam malas nih aku takott jugak la. Yala dah hampir-hampir untuk sampai ke penghujung semester. Sumpah aku takot. Ceq takmau repeat paper @ semester. Ouh NO! Jauh-jauh kan diri aku dari semua tu. 

Okay, selesai sudah bercendoi diatas sana. Heh jom study jom. Prepare diri untuk final sebelum final yang prepare anda! Hahaha Lingkup :)
Selamat malam, btw thanks my pretty friends sudi membaca benda alah nih. Yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu datang dari saya sendiri. Amin. Goodluck peeps. Love you <3

Hahah beginilah wajah orang study untuk 4 flat.
Bajet jea tuh, tapi tidoq! :P

Tuesday 1 November 2011

HAPPY NOVEMBER :)

Assalamualaikum kawan-kawan. Hehe sumpah dah lama kan aku tak update belog. Sorry la noh malass sangat pastu tambahan dengan line internet problem serupa kura. ggrrr hanya Tuhan saja yang tau aku time tu macam mana. Heh then finally! Semua dah okay. weee :)

Oppss terlupa! Dah masuk bulan November dah ka? Tudiaaa sat ja noh. Dok kira-kira berasa macam lama lagi. Hahaha tapi apa-apa pon aku bersyukur sangat masih lagi diterima Allah kat dunia yang indah ini. Alololo sedihnya wey :( Hukhukhukhuk

Anyway, bulan Oktober banyak sangatttt tinggal kenangan dalam hidup aku. Manis, pahit, tawar, masam semua da lah! Tapiiii rasanya pahit kott yang paling banyak. Aiyooo malu aihh. Okfine, aku muka kuat buat perangai baqq hanggg :P
Alaaa..tak kesah pon janji ramai sayang aku. tettt cendoi sat nohh. Takpa kottt. HAHAH :D

Okay kawan-kawan, selamat maju jaya! coretkan banyak kenangan lagi nohh dalam bulan November nih. Heh, Happy November Peeps <3

Wednesday 19 October 2011

MUET SPEAKING :)

Assalamualaikum sayang. Hehehe ehh malam ni tak mengantok awal la pulak. Hurm mau taknya, petang tadi puas dah membuta. Ishhh teruknya! Okay okay malam ni ntah la dah macam kucing hilang anak wey. Semua benda buat tak menjadi. bebai, nak marah bagai laa. Hadoii yala esok dah speaking muet, then dengan slip exam tak print lagi. Biasa la aku kan selalu buat keja last minute. Ingat nak print kat rumah jea, tetiba printer buat hal, spoil betoi laa. Habis satu bilik aku penuh dengan ink printer. Mama pulak dok bising bising, malam ja baru nak hegeh buat keja. Yang siang tadi membuta tak ingat dunia asal! Hahaha OK FINE kena marah! Padan muka keja last minute. Nahh amik kau! Nasib laa ada MR.Chipsmore aku. Kau sanggup menjadi superman malam nih, sanggup pi CC semata mata print slip. Wowww terbaikk! THANKS dear! Sayang you lebih. ( Ehh bukan nak amik hati laa, memang ikhlas nih ) Saya tau awak busy sangat sangat sekarang nih, dengan malam nih awak ada study group tapi demi saya awak sanggup pi print sehelai slip tu saja. Ouchh terharunya! Okay nahh lolipop, amik tau, jangan simpan ----@ chomel kan? :)

Orite! Dah lewat jom tidoq. Esok awal awal dah nak kena bangun, mandi, siap siap pi Speaking. Uishh nak cakap omputih wooottt wooottt. Hehehe. Selamat Malam peeps'. Sweet dream :')

My dear friends, wish me good luck for speaking MUET tomorrow! I will try do the best for myself! THANKS friends for your supports. BYE 

onlove : akmashahida :')

Thursday 13 October 2011

HAPPY 20th MY DEAR SELF :)

Assalamualaikum. Hai my friends, my beloved readers, my followers and my dear. Hehehe malu lah nak cakap. Sebenarnya harini dah cukup dah aku 20 TAHUN Okay! Pejam celik pejam celik sattt ja kan? Hurmm nanak alam 19th balikk. Boleh dak? Hihihi :)

Nothings special pon nak story morry kat sini. Okay, tak ada rasa excited sangat pon time nak tunggu sampai detik detik 12.00 am. Memandangkan aku yang sangat mengantok semalam tapiii aku cuba jugak melawan mata, bersengkang mata semata mata nak dapat wishh. Hehe alaaa korang pon macam tu jugak kan? Baik ngaku cepattt!. Mesti dok ja mengadap handphone tu nak tengok sapa la orang yang first wish kan? Tambah tambah yang dah ada buah hati tu, mesti dok cangakk tunggu, ishhh apa la boyfriend aku nak buat ehh malam ni. Mesti special kan, yela bufday girlpren. >.<

Orait! Tepat 12.00 am first, senyum lebaq aihh dapat call dari boypren terchenta ni. Eceeee malu aihh. Aku punya la excited nih tapi bila ditanya, 'syg mesti tengah tunggu bie call kan? eerrr.. ehh dak laa, syg dok landing landing sambil dengaq lagu nih.' Tudiaa punya la aku nak cover semua tu. Hahaha then lepas habis bergayut, bermanja manja satt then masa untuk tidoq. Okay fine, esok masing masing ada kelas, ada test, ada kuiz. Aktiviti harini, bangun seawal pagi iaitu pukul 8.00 am, haha prepare untuk goreng keteaw goreng. Niat nak bawak pi poli, makan makan dengan kawan. Tahun ni celebrate bufday dekat poli ja even makan keteaw goreng tapiii puas hati. Kenyang gila! Heh :) THANKS my friends sanggup celebrate bersama. Love u all <3

Then, diambil oleh boypren konon nak bawak pi ronda ronda. Heh ronda kot Jetra ja pon aihh. Tapii yang paling besttt first time laa dia buat surprise selama kami berchenta, bermanja, begaduh, berkasih sayang selama 2nd months. Walaupun surprise tu nampak simple but amat bermakna sangattt sayang. THANKS bie! Awak banyak bagi semangat dalam hidup ni. Sayang harap our relationship akan berkekalan sampai bila bila. Amin <3 Hurmm terima kasih banyak banyak ya pasal surprise tu. Comel sangattt Angry Birds tu. Nak peluk malam malam. Nak bawak pi klas boleh dak?? Hahaha :P

Thanks kawan kawan yang wish my bufday. Sayang sangattt kat hampa!. muahahahah <3<3

  Kek bufday tahun ni. Simple mimple.
THANKS my ex roomate. Naz Sya :)

THANKS so much sayang. Hehe comel sangatt Angry Birds nih.
Teman tidoq malam malam. Nak peluk macam awak peluk saya.
Btw, Thankss sangattt. Love u bie
<3<3



Onlove : akmashahida :')





Friday 7 October 2011

JOM BERTUTORIAL :)

Haiii sayang, hai readers, hai beloved followers. Assalamualaikum semua. Salam Jumaat. Huhh sumpah bosan harini. weekends yang taktau nak buat apa. Novel?? Ouhh semuanya telah kali berapa puluh aku mengatamnya. Dengar lagu?? Hurmm nob bad laa. Dok ulang lagu yang sama dari semalaman. Hehehe aku ingat nak buat buat rajin la harini, buka jea buku, buka jea lappy then mula search info info yang berkaitan dengan 'MINI PROJECT AUDIT' aku. Seriouss aku tak faham apa langsung tapii ada la jugak dapat maklumat siket siket yang berkaitan. Hurmm dah penat mengadap assignment, aku mula la gatai tangan nak klik 'YouTube'. Hahaha konon konon nak hilangkan boringgg. Tapii okay jugak la dari aku search benda yang ntah apa apa. Tetiba aku teringat Pujaan Malaya yang terkenal tu Miss Hana Tajima. Berkenaan dengan beliau ialah shawl. Wahh menarik kan? Mesti ramai yang dah follow beliau.

Memang cantek laa perempuan ni kalau bertudung even muka kau tak comel pon tapi bila bertudung ni orang pandang nampak maniss je kan? Hehehe aku pon baru nak berjinak jinak dengan shawl nih. So harini aku bertutorial lagi bersama kawan kawan dekat youtube. Nampak macam senang jea kan bila tengok orang pakai, gayakan shawl ni tapii bila dah cuba buat tak penah nak menjadi pon. Ishhh hairan aihh. Tapii takpa, at least kita mencuba kan? Jom kawan kawan kita bertutorial shawl with Miss Hana Tajima. Horayyyy!!!!
Simple kan? Geramnya
Huhh. Bayangkan anda seperti ini. Cantekk!

Hana Tajima. comel kan?