Thursday 10 January 2008

Beloved Family.

Assalamualaikum kengkawan belog. Hehe sihat tak? Akma harini sihat sangat, mood pon Ok jea. ntah harini macam nak update belog ja. nak kongsi cerita pasal FAMILY pulak lah. Haaa.. apa makna family tu? Family tu menurut sumber pengetahuan Akma sendiri la kan, family merupakan sebuah keluarga yang terdiri daripada mak, ayah, kakak, abang dan adik-adik. 


Okeh, Akma ada sebuah family yang agak sederhana la. ahli keluarga tak ramai tapii apa-apa pon bersyukur sangat sebab ada mak, ayah dan adik-adik. Akma ada seorang ayah, seorang mama dan dua orang adik. Heee adik yang no 2 tu lelaki. pewwittt hero lah dalam family kitorang. hehh :) Nama dia kan kan, Muhamad Aimi Shahmi. Pastu kan adik yang lasttt sekali tu perempuan. haa yang ni paling manja sekali la. semua nak kena ikot cakap beliau! kekadang tu geram sangatt lah. isshhh Hehehe. Nama dia Aina Safia. :D


Orait! sekarang kita cita pasal ayah. Akma ada seorang ayah yang sangat baik hati, penyayang dan ambil berat pasal keluarga. Ayah bekerja sendiri jea la. walau apa pon kami adik beradik sayang sangat kat ayah. Yela nak apa semua ayah bagi. Hehehe terharu sangattt ada ayah macam tu. 


Haaa.. sekarang time mama pulak. Hohoho mama seorang suri rumah. keja mama hari-hari kan, masak, kemas rumah. mama ni garang sikit tapi segarang mana pon beliau tetap mama kita kan? Hehehe sayang sangat kat mama. muahahaha :)


Huhh. dah la rasa tak larat la pulak nak taip. Hehehe minta maaf la yea. Alahhh kalau taip panjang-panjang pon bukan korang baca semua kan. tak dapat markah pon kan tulis panjang nih. dah macam buat karangan nak jawab exam! Hahaha 

p/s : minta perhatian! sila jaga keluarga anda masing-masing yeah!!! sayangilah mereka semua. Byepye <3

onloveakmashahida :')