Tuesday 20 December 2011

ERTI SAHABAT.

Salam semua. Sihat? Dah lama tak buka belog. Hihihi nak kata busy tu tadak la sangat, cuma kadang kadang cuba membusykan hidup.

Okayyy. Harini terasa macam nak update belog, sebab semenjak dua menjak ni selalu ja terfikir tentang erti persahabatan. Ntah laa, tatau nak cakap. Kadang kadang sahabat tu penting tapiii kadang kadang sahabat tu ada dengan tadak sama ja kan? Susah nak dapat sahabat sejati yang selalu berada disisi ketika susah senang kita. Yang selalu nampak, time senang nak tumpang tapi time susah melarikan diri. Bila cakap semuanya nak betul kan? Hmm.


Satu ungkapan yang senang disebut melalui bibir kita namun perlaksanaan dan pencarian seorang sahabat amatlah sukar dicari dan payah diganti jika kehilangan mereka.Tahukah kita bahawa bersahabat di atas dasar cinta dan takutkan Allah mendapat hak yang istimewa di sisi Allah Azzawajalla. Persahabatan kerana Allah adalah persahabatan yang melahirkan sifat yang terpuji kerana konsepnya adalah mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri kita sendiri, menjaga hubungan persahabatan sehingga tidak ada hati- hati yang terguris, melupkan keburukan sahabat dan mengingati kebaikan sahabat kita. namun pada hari ini,dalam dunia moden ini, sukar untuk kita temui sahabat sejati..namun apa yang ada kawan makan kawan..


Sejarah telah membuktikan bahwa Rasulullah s.a.w mendidik para Muhajirin dan Ansor bersaudara kerana aqidah Islam. Namun pengorbanan sahabat Ansor sangat hebat sehingga sanggup mengorbankan harta benda mereka demi para sahabat dari kalangan muhjirin mekkah. Bayangkan sahabat-sahabatku jika ada golongan yang sebegini pada zaman hari ini, nescaya tidak kedengaran di telinga kita pelbagai perkara mungkar.


" Kawan senang dicari tapii sahabat sukar dicari "